Berita Hairan Edisi Internet

Bahaya DNA Politik UMNO !!

Jika diimbas kembali sejarah politik negara, pada tahun 1982 bermulalah politik khianat UMNO. Ini kerana pada tahun itu juga UMNO mula mengkhianati orang-orang Melayu, melancarkan ‘kempen busuk’ iaitu rasuh dan kronisma.

Pada tahun itu juga MCA dan MIC yang menyertai pilihan raya, menentang hak istimewa orang Melayu dan mempertikaikan Dasar Bahasa Kebangsaan yang berkuatkuasa tahun 1967.

Ketika itu, UMNO memberi gambaran pada orang Melayu bahawa Dr. Mahathir perjuang Islam yang Agung dan membawa pembaruan kepada Islam; tidak pakai kupiah dan mengecam ulama-ulama yang terutamanya memberi sokongan kepada PAS. Kepada orang Cina, UMNO kata Dr. Mahathir sangat bagus pasal dia nasionalis Melayu (campur mamak kutty) yang tidak akan bencikan bangsa lain, malah menjanjung mereka.

Setelah gagal menguasai sebahagian besar pengundi Melayu pada pilihan raya baru-baru ini, walaupun memainkn isu perkauman dan menakutkan rakyat menggunakan media massa TV dan Radio, dengan seluas-luasnya tanpa segan silu, UMNO guna pula slogan 'Jangan guna nama Islam' pada parti politik.

Seperkara lagi yang ramai orang tak faham ialah mengenai isu 'globalisasi'. Sebenarnya ini tidak wujud. Yang wujud ialah Mahathir cuba untuk memutar belitkan maklumat dan akan membuat rakyat pening kepala. Sebab itu UMNO akan menjadikan agenda dalam mana-mana forum dalam TV. Hanya UMNO yang akan memperbodohkan pengikutnya dan rakyat.

Tapi macam tak percaya pula sikap UMNO yang sudah berubah. Tak tahulah sama ada dah insaf atau memang UMNO tiada pendirian. UMNO yang dulu marahkan rakyat kerana tidak mengundinya dalam pilihan raya baru ini, sekarang ini mula buat baik kepada rakyat, lantik orang yang tiada kaitan dalam MT.

Apabila UMNO ini 'baik sikit', jaga-jagalah sikit agar DNA UMNO tidak terpalit di merata tempat. DNA ini kalau terpalit payah hendak dihilangkan macam virus JE dan Nipah tahu... Sampai bila-bila pun tak boleh dibuat ujian. DNA politik UMNO cukup bahaya.

Kerana DNA ini jugalah UMNO boleh mepermainkan ayat Allah, memutar belit Al Quran dan mepersendakan ulama. Agaknya inilah yang terjadi kepada orang yang suka berkhayal atau mabuk kuasa. Apabila terjaga daripada lamunan atau ternampak peluang berkuasa mereka hilang punca.

Tiba-tiba semuanya jadi boleh, yang haram jadi halal yang tidak penting jadi perjuangan hidup mati.

Beginilah buruknya perangai UMNO yang tak habis-habis khianat rakyat. Setiap tindakan ikut kepala Mahathir buka ikut Quran dan Hadis. Orang lain semua salah, dia seorang je betul.


[ Home | Propaganda | Fitnah | Pengampu | Statistik Palsu | Sukaneka | Arkib ]