Make your own free website on Tripod.com

Berita Hairan

2000

BERITA

Jangan perjudiakan keutuhan bangsa kerana situa itu..

SAUK, 7 Jul - Tidak masuk akal atau tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah perjuangan bangsa untuk mencapai sesuatu matlamat yang boleh memberi manfaat kepada bangsa sendiri dengan mengenepikan persoalan kepimpinan. Hampir semua bangsa yang berjaya mencapai matlamat sesuatu usaha atau perjuangan, mereka banyak bergantung kepada kekukuhan landasan kepimpinan dan perpaduan. Begitu juga tentang bangsa Melayu dalam memperjuangkan nasib bangsa untuk dibebaskan dari cengkaman belenggu penjajah 'pemikiran' serta kongkongan ideal oleh pemimpin rakus dan sombong.

Mengapa Kami Tinggalkan UMNO?

KUALA TERENGGANU, 6 Jul - Sejak kebelakangan ini, terdapat gerakan secara aggresif ahli-ahli UMNO yang bertindak keluar dari parti itu, secara senyap dan ada yang terbuka untuk menyertai PAS. Perkara ini terlalu ketara berlaku di Terengganu dan Kelantan. Senario ini lebih jelas apabila ia disertai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu yang tampil ke hadapan membuat pengakuan terbuka terutama dalam ceremah-cermah UMUM PAS, terhadap ketidak kepercayaan mereka terhadap agenda perjuangan parti tersebut.

Negara Perlu Pemimpin Yang Ikhlas

SEGAMAT, 5 Jul - Tidak dapat dinafikan negara dan rakyat akan menikmati kebahagiaan jika berada di bawah naungan pemimpin yang benar-benar ikhlas menerajui negara tanpa ada sebarang sifat kepura-puraan, tamak dan rasuah. Dengan kata lain biarlah pemimpin itu tidak mesra daripada pemimpin yang gemar bermuka-muka, bercakap berputar belit, boleh berlakun sekali ketawa dan terkala pula menangis.

Melayu Perlu cermin diri bila menyertai UMNO

KUALA PILAH, 4 Jul - Orang Melayu perlu digerakkan dari tidur yang lena, setelah sekian lama ditidurkan oleh UMNO dan pemimpinnya. Setelah menikmati kehidupan yang selesa orang Melayu dengan slogan "takkan Melayu hilang di dunia", orang Melayu lupa menoleh ke belakang seketika.

Bahaya DNA Politik UMNO !!

KUALA LUMPUR, 3 Jul - Jika diimbas kembali sejarah politik negara, pada tahun 1982 bermulalah politik khianat UMNO. Ini kerana pada tahun itu juga UMNO mula mengkhianati orang-orang Melayu, melancarkan ‘kempen busuk’ iaitu rasuh dan kronisma. Pada tahun itu juga MCA dan MIC yang menyertai pilihan raya, menentang hak istimewa orang Melayu dan mempertikaikan Dasar Bahasa Kebangsaan yang berkuatkuasa tahun 1967.

Kerja kosong di bharian dot com my

KUALA LUMPUR, 25 Jun - bharian.com.my sedang mencari kakitangan sementara bagi membantu membina laman webnya. Calon mestilah mahir menipu dan mengampu dalam semua keadaan, selesa dengan penipuan dan pandai melungsuri Internet prono. Syarat opsyenel ialah kebolehan dalam baca script yang ditulis, ikut aje tanpa bantahan. Kebolehan menulis dan memahami YB BN juga meningkatkan nilai anda.

Rakyat Malaysia diseru derma darah

KUALA LUMPUR, 21 Jan - Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan di Hospital Kuala Lumpur menyeru rakyat Malaysia tampil menderma darah.

ISA perlu untuk jamin keharmonian: Azmi

KUALA LUMPUR, Khamis -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan bagi menjamin keharmonian negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid.Beliau berkata, tanpa ISA kemungkinan besar negara akan mengalami nasib seperti di negara jiran.


[ Home | Propaganda | Fitnah | Pengampu | Statistik Palsu | Sukaneka | Arkib ]

Alamat Berita Hairan
d/a YB Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Seumur Hidup
Mahligai Air Mata Rakyat, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
000007 Putrajaya, Malaysia


Telefon 603-2582000 Faksimili : 603-2556264

© 2000, The New Shit Times Press (Mahazalim) Berhad. All Rights Reserved