Berita Hairan Edisi Internet

JANGAN PERJUDIKAN KEUTUHAN BANGSA

Tidak masuk akal atau tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah perjuangan bangsa untuk mencapai sesuatu matlamat yang boleh memberi manfaat kepada bangsa sendiri dengan mengenepikan persoalan kepimpinan. Hampir semua bangsa yang berjaya mencapai matlamat sesuatu usaha atau perjuangan, mereka banyak bergantung kepada kekukuhan landasan kepimpinan dan perpaduan.

Begitu juga tentang bangsa Melayu dalam memperjuangkan nasib bangsa untuk dibebaskan dari cengkaman belenggu penjajah 'pemikiran' serta kongkongan ideal oleh pemimpin rakus dan sombong.

Betapa azabnya orang melayu pada ketika itu di bawah pemerintahan beberapa kuasa asing yang bermula dengan pihak Belanda, Jepun dan British. Hak-hak yang seharusnya dimiliki oleh anak pribumi dirampas pendatang yang berkuasa. Justeru, apakah yang perlu dilakukan oleh bangsa Melayu sebagai bangsa ketuanan di tanah airnya sendiri?

Makin azab lagi apabila kita mencapai kemerdekaan, bangsa kita telah dijajah dan dikongkong oleh peminpin yang rakus dan sombong. Siapa sahaja yang menetangnya akan ambil tindakan, seolah-olah dialah raja segala raja !

Selama 450 tahun dijajah, akhirnya pada tahun 1946 ketika British ingin menubuhkan Malayan Union maka telah bangkit satu semangat perpaduan orang Melayu bagi membebaskan tanah air yang tercinta. Akhirnya, bangsa Melayu yang pada ketika itu serba kekurangan bersatu padu dan teguh menentang cita-cita British itu.

Tetapi setelah kemerdekaan, British telah meninggalkan negara ini kepada tali barutnya UMNO, Parti lain yang menentang Malayan Union, tidak timbul. Inilah cara barat, memutar belit fakta. Melayu akhirnya dipimpin oleh mereka yang menjadi pak turut Bristish.

Pemimpin-pemimpin perjuangan yang sebenar seperti Hj Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dattuk Bahaman, dll tidak lagi dianggap sebagai perjuang sebenar. Malah Bangsa Melayu sendiri juga memyelewengan fakta dengan mengatakan mereka ini berjuangan pada landasan yang tak betul.

Namun rentetan kesengsaraan orang Melayu suatu ketika dulu, kini seolah-olah makin dilupakan. Inilah keadaan yang paling membimbangkan apabila sesuatu bangsa itu sudah selesa maka ia begitu mudah mendabik dada hingga lupa merenung kembali peringkat awalan mereka untuk menuju keselesaan itu.

Apabila kita bermegah-megah dengan projek Mewah.... harta rakyat kita buat sewenang-wenangnya seolah-olah harta mak bapak kita...

Malah ada yang begitu rendah pemikirannya mengandaikan sejarah itu tetap menjadi satu sejarah tanpa mengira siapa pun yang memulakannya. Mereka juga beranggapan dengan kemasukkan Cina dan Indialah negara kita maju... Kalau tidak orang Melayu masih lagi bawa ayam kesana-sini untuk dilagakan.

Sikap yang sedemikian akan menjadi sesuatu bangsa itu menjadi biadap dan kesannya pun boleh dilihat kini, apabila pemimpin kita juga kurang ajar boleh menghina ulama malah Nabi sekali pun.

Rantai perpaduan yang melingkari orang Melayu makin longgar dan terlerai satu persatu. Yang paling menyedihkan gergaji yang meleraikan penyatuan rantai itu kini di tangan orang Melayu UMNO itu sendiri. Akibat sikap kebidapan yang mula meresapi jiwa, mereka terlupa betapa mereka menjadi mangsa si pemilik gergaji itu. Di sini timbul persoalan adakah orang Melayu tidak sedar siapa pemilik gergaji itu dan kesannya terhadap bangsa mereka sendiri suatu hari nanti?

Apa yang penting bagi UMNO ialah perutnya mesti diisi......

Paklah JE
Webmaster

adikzam@hotmail.com
7 Julai 2000


[ Home | Propaganda | Fitnah | Pengampu | Statistik Palsu | Sukaneka | Arkib ]