Berita Hairan Edisi Internet

MELAYU PERLU CERMIN DIRI BILA MENYERTAI UMNO

Orang Melayu perlu digerakkan dari tidur yang lena, setelah sekian lama ditidurkan oleh UMNO dan pemimpinnya. Setelah menikmati kehidupan yang selesa orang Melayu dengan slogan "takkan Melayu hilang di dunia", orang Melayu lupa menoleh ke belakang seketika.

Jika tidur yang lena seperti 'Mat Jenin' ini terus berterusan maka tidak mustahil orang Melayu akan hilang akar umbi kemasyarakatan asasnya dan Melayu akhirnya akan hanya menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mengamalkan modenisasi tetapi tanpa asas yang jelas, kerana peminpinnya yang berjuang atas nama Parti Melayu telah menyeleweng, gadi bangsa dan maruah. Tambahan lagi dengan adanya pelbagai musibah sosial yang tidak diserta dengan sebarang usaha pembendungan maka orang Melayu sekarang hanya tinggal Melayu tetapi keMelayuannya semakin hilang.

Orang Melayu sekarang tidak perlu bodoh dan hilang sikap terlalu nak balas budi atas pemberi politik wang yang begitu berluasa. Apa yang amat membimbangkan adalah keterlajakan sikap 'diperbodohkan' atau bahasa kasarnya boleh dicucuk hidung itu. Tidak sepatutnya, orang Melayu berasa keliru dengan keadaan yang ada sekarang dan terperangkap dengan pelbagai isu-isu yang dimainkan oleh UMNO bagi mengekalkan kuasa segelintir manusia angkuh.

Sesungguhnya Melayu dan Islam sukar dipisahkan, tapi sekarang usaha untuk membuang Islam dalam semua sudut telah digemburkan oleh orang Melayu yang mengaku Islam sendiri. Adalah sesuatu yang kejam seandainya cuba memisahkannya Islam dalam kehidupan, kejam pada diri sendiri dan bangsa. Tidak perlu menggembar-gemburkan soal keIslaman iaitu menonjolkan Islam inilah cogankata yang diajukan untuk anak bangsa kita. Sudahlah anak bangsa kita makin kurang ajar sekarang, pemimpinnya pula menambahkan penyakit sosial ini dengan mengesa Islam dihilangkan pada diri mereka.

Hakikat yang sukar diketepikan, kekuatan ekonomi dan sosial orang Melayu sebenarnya tidak akan kekal jika orangh Melayu membuang Islam dalam kehidupanya.

Jika diteliti, orang Melayu mewarisi penyakit keliru sejak zaman berzaman. Dahulu masa kemerdekaan British telah memberikan kemerdekaan ini untuk diwarisi oleh mereka yang mengikut tulunjuknya, boleh dicucuk hidung barat. Di dalam masyarakat mereka ini seolah-olah Juara Rakyat mengutuk Barat, tapi sebenernya mereka inilah boneka Barat.

Kekeliruan ini mungkin cenderung dilihat sebagai remeh atau tidak penting tetapi ia sebenarnya ialah perkara asas yang menjadi landasan atau teras membina Melayu yang boleh berhadapan dengan gelora besar khususnya gelombang globalisasi.

Dalam menangani kekeliruan itu yang mana hasilnya boleh dilihat kini maka orang Melayu harus menjadi manusia yang jelas dengan imej atau identiti dan arah diri walau di mana dia berada, kemampuan menyesuaikan diri yang tinggi, menjadi pemimpin kepada perubahan sama ada teknologi, pemikiran dan menjadikan Islam sebagai teras dalam segala aspek.

Gejala atau penyakit kronik orang Melayu dalam dekad terakhir ini adalah alpa dalam kemewahan dan kejayaan negara. Justeru, orang Melayu terus memiliki sikap mudah puas hati dan mudah leka. Mereka lupa bahawa orang Melayu belum lagi menjadi satu bangsa yang besar dan gagah.

Tatkala orang Melayu sedang bersiap meletakkan diri di landasan yang terbaik, melangkah dunia baru abab 20 ini, malangnya sebahagian orang Melayu saling bercakaran sesama sendiri. Inilah situasi sebenar yang harus direnungkan. Orang Melayu harus bangkit dari mimpi yang panjang jika tidak mahu mimpi itu hanya sekadar mimpi.

Percakaran ini nampak begitu ketara dalam UMNO, UMNO rosak binasa kerena dia merupakan tempat virus kelesuan Melayu. Disinilah kita akan lihat pecah belah, fitnah mefitnah, jatuh menjatuh, rasuah, penyelewengan dan seribu macam penyakit yang amat bahaya.

Oleh itu jika melayu ingin berjaya....UMNO mesti dimusnah dalam dunia atau alam Melayu.....


[ Home | Propaganda | Fitnah | Pengampu | Statistik Palsu | Sukaneka | Arkib ]