Berita Hairan Edisi Internet

MENGAPA KAMI TINGGALKAN UMNO?

Sejak kebelakangan ini, terdapat gerakan secara aggresif ahli-ahli UMNO yang bertindak keluar dari parti itu, secara senyap dan ada yang terbuka untuk menyertai PAS. Perkara ini terlalu ketara berlaku di Terengganu dan Kelantan. Senario ini lebih jelas apabila ia disertai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu yang tampil ke hadapan membuat pengakuan terbuka terutama dalam ceremah-cermah UMUM PAS, terhadap ketidak kepercayaan mereka terhadap agenda perjuangan parti tersebut.

Mereka yang bertindak keluar parti ini juga bertekad untuk menarik lebih ramai lagi ahli UMNO untuk menyertai PAS. Justeru, melalui siri Ceramah UMUM yang diadakan mereka percaya lebih banyak lagi bahagian-bahagian parti itu akan dibubarkan serta pengisyhtiharan keluar parti secara beramai-ramai.

Mereka juga telah membongkar segala pembohongan yang telah dilakukan kepada rakyat sejak 2 September 1998 (Tarikh Sdr Anwar dipecat). Bagi mereka, umat Melayu tidak mampu untuk terus berada dalam UMNO yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu, tapi hakikatnya mengadaikan maruah dan bangsa Melayu.

Faktor-faktor Mereka Meninggalkan UMNO ialah :-

1. Hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti (pemerintahan secara kuku besi)

2. Sedar dengan perjuangan palsu parti itu (perjuangan jangka pendek terutamanya untuk mengisi perut pemimpin).

3. Memperolehi maklumat sebenarnya mengenai agenda jahat Mahathir terhadap Sdr Anwar dan membuat penipuan-penipuan tentang pelbagai isu untuk mengelirukan rakyat.

4. Nampak UMNO lebih banyak berperanan memecah-belahkan Melayu, semenjak perpecahan pertama sampai sekarang. Setiasa bercakaran antara satu sama lain.

5. Organisasi parti UMNO yang bercelaru khususnya dalam aspek pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Yang berkuasa Mahathir seorang aje... Lain-lain boneka bodoh aje.

6. Pertembungan kepentingan antara pemimpin-pemimpin parti itu. Masing-masing nak rebut pangkat.

7. Tidak mengambil berat luahan atau suara ahli-ahli bawahan. Paksa ahli ikut terlunjuk... terutama terlunjuk Mahathir.

8. Kecewa dengan Mahathir yang jelas mengambil peluang yang sebenarnya hanya untuk sebahagian kroni sahaja.

9. Tidak ada perpaduan dalam parti. Terdapatnya beberapa golongan yang lebih mementingkan kuasa.

10. Tidak mahu terus terperangkap dengan permainan politik kepentingan peribadi Mahathir, anak isterinya sahaja, balas dendam dan sebaginya.

Jumpa lagi esok...

Paklah JE
Webmaster


[ Home | Propaganda | Fitnah | Pengampu | Statistik Palsu | Sukaneka | Arkib ]