Berita Hairan Edisi Internet

NEGARA PERLU PEMIMPIN IKHLAS

Tidak dapat dinafikan negara dan rakyat akan menikmati kebahagiaan jika berada di bawah naungan pemimpin yang benar-benar ikhlas menerajui negara tanpa ada sebarang sifat kepura-puraan, tamak dan rasuah. Dengan kata lain biarlah pemimpin itu tidak mesra daripada pemimpin yang gemar bermuka-muka, bercakap berputar belit, boleh berlakun sekali ketawa dan terkala pula menangis.

Rakyat masih ingat kepada penganayaan seorang pemimpin yang dipecat dengan zalim. Dia dilempar pelbagai tuduhan. Media massa, mahkamah, polis semuanya digunakan untuk menganayai peminpin ini. Pada hari dipecat kita dapt lihat ramai pemimpin negara kita telah bermuka-muka dengan menyokong situa yang memang sudah nyanyuk kerana pelbagai alasan yang diberi sentiasa berlainan. Pelbagai tuduhan tidak berasas hanya semata-mata untuk menyelamatkan politik kroninya.

Tapi dia sanggup bermuka-muka demi untuk menunjukkan dia bukan nak pecat sangat pemimpin itu kerana dia anggap seperti anaknya. Itulah contoh bermuka-muka yang cukup tradis dalam masyarakat kita.

Manusia hipokrit selalu kelam kabut, mengelilingi hampir seluruh negara untuk memberi alasan bagaimana tindakannya adalah berdasarkan untuk emyelamat negara daripada peminpin yang tidak baik, sedangkan semua orang tahu siapa yang tak baik. Menghina seterusnya cuba menjatuhkan Mantan Timbalan Perdana Menteri tanpa ada rasa bersalah dan segan silu. Perubahan ketara ini membuatkan rakyat berfikir sendiri bahawa jika benar dia tidak bersalah dan ilmu agama penuh di dada. Akhirnya rakyat bangun dan slogan "REFORMASI" kedengaran. rakyat tidak lagi mudah ditipu.

Seorang pemimpin sepatutnya bukan seorang aktor yang dapat melakonkan imej yang sangat baik di depan orang ramai tetapi di sebalik tabir dia ada satu watak yang amat berlainan. Ini mudah kita lihat apabila Mahathir begitu ketara sekali berlakun, dia boleh menjadi seorang pelakun yang baik. Zunar kartunis terkenal telah memnuat sinikal tajam dalam kartunnya bahawa Mahathir menjadi artis air mata bagi tahun 90'. Kenapa tidak suatu masa dia boleh marah, dia boleh maki dan satu masa dia sedih menangis teresak-esak, dan Siti Hasmah pun datanglah dengan sapu tangan mengesat air mata. Bertapa sedihnya lakunan dia. Itulah sifat talam dua muka.

Mengapakah segelintir ahli UMNO terlalu taksub dengan pemimpin sebegini? Ini kerana mereka hanya mengenali perjuangan untuk 'mengisi perut'.

Pemimpin ini bukan sahaja bermuka-muka, malah berani untuk menghina Rasulullah s.a.w. mahah Allah sendiri.

Dia sanggup menngunakan Islam untuk mengelirukan rakyat dan akan mengambil Islam dalam konteks yang boleh memberi manafaat kepadanya sahaja. Malah ada dikalangan mereka sanggup emngatakan "Tiada ayat Quran mengharam Judi".

Selain daripada bermuka-muka mereka juga sanggup membuat fitnah dan kadang kala fitnah yang dibuat menggelikan hati kerana ia tidak masuk akal, alasan yang diberi bodoh belaka. Sepatutnya rakyat bersatu padu membantu Barisan Pembangkang untuk menyikir pemimpin bermuka-muka dan gurjana ini.....

Paklah JE
Webmaster


[ Home | Propaganda | Fitnah | Pengampu | Statistik Palsu | Sukaneka | Arkib ]