Berita Hairan Edisi Internet

Rakyat Malaysia diseru derma darah

KUALA LUMPUR, 21 Jan - Pusat Perkhidmatan Darah Kebangsaan di Hospital Kuala Lumpur menyeru rakyat Malaysia tampil menderma darah. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, S.Anpalagam berkata ada kemungkinan pusat berkenaan menghadapi kekurangan darah sempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Oleh itu, rakyat Malaysia diminta tampil unutk menderma darah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui semasa perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

"Kami rasa pengorbanan yang sudah dipaksakan atas mereka tidak mencukupi. Saya tahu bahawa selama rakyat telah banyak korbankan harta dan kehidupan mereka untuk kesenangan PM dan anak-anaknya. Apa lagi, sekarang korbankan darah rakyat pula!", tambahnya lagi

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan sokongan padunya kepada cadangan tersebut. "Ini ada banyak bagus! Sekarang rakyat Malaysia tiada alasan untuk tidak membayar tol. Kalau takde duit, bayar dengan darah!"

Kepada komen yang mengatakan bahawa ini seolah-olah lintah darat betul, Datuk S. Samy Vellu berkata, "Ah! Peduli apa! Saya mahu itu orang kalau lalu tol, kena bayar juga! Darah pun, darahlah!"


[ Home | Propaganda | Fitnah | Pengampu | Statistik Palsu | Sukaneka | Arkib ]